Fungsi minyak pelincir enjin adalah untuk melincirkan komponen enjin yang bergerak seperti aci sesondol, aci engkol, omboh, rod penyambung, pepasangan injap dan gear supaya pergerakan komponen ini berjalan lancar di samping mengurangkan kehausan komponen.
Terdapat lima sifat utama yang perlu ada pada minyak pelincir enjin iaitu :
- Mempunyai darjah kelikatan yang sesuai.
- Sebagai agen pembersihan dan pemindahan haba.
- Tahan terhadap pengoksidaan dan pembentukan karbon.
- Sebagai pelindung daripada pengaratan.
- Meminumumkan kehausan dan mengurangkan geseran di antara dua permukaan logam.
Jenis Minyak Pelincir Enjin
Terdapat 3 jenis minyak pelincir enjin yang biasa digunakan:
Terdapat 3 jenis minyak pelincir enjin yang biasa digunakan:
Jenis
|
Spesifikasi
|
Mineral (Regular)
|
Berasaskan
petroleum. Mengandungi mineral seperti Ca, Mg dan Zn yang lebih mesra
terhadap komponen enjin. Kos yang lebih murah.
|
Semi-sintetik
(Premium)
|
Gabungan antara campuran
75% mineral dan 25% sintetik. Sesuai untuk semua jenis kenderaan lama dan
baru.
|
Fully-Sintetik
|
Minyak daripada
proses sistesis bahan kimia. Tahan teroksida. Tidak mempunyai karbon reaktif.
Juga ditambahkan dengan diester sintetik yang berfungsi membersihkan sisa
karbon (pembakaran). Enjin biasanya lebih bersih.
|
Apa Itu API dan SAE
API adalah American Petroleum
Institute yang menetapkan piawaian minyak pelincir. API SL/CG ialah
piawaian mutu pelincir bagi kenderaan berenjin petrol (SL) dan diesel (CG).
SAE ialah Society
of Automotive Engineer yang menetapkan darjah kecairan minyak. SAE telah
menetapkan darjah kelikatan (viscosity
grade) sesuatu minyak pelincir kepada 11 kelas minyak :
Sebahagian minyak pelincir menpunyai bahan untuk rawatan logam (metal treatment) dan bahan-bahan penambah
(additive).
Kelebihan Bahan Rawatan Logam
|
Membentuk lapisan perlindungan pada permukaan logam.
|
Menjadikan permukaan logam di dalam enjin kukuh dan
licin.
|
Dapat menampung tekanan dan geseran sekurang-kurangnya
5 kali ganda.
|
Melindungi enjin walaupun sebelum dihidupkan.
|
Melindungi komponen logam daripada kerosakan yang
disebabkan oleh
kelembapan dan asid hidroklorik.
|
Fungsi rawatan logam
Bahan – Bahan Penambah (Additive)
|
Fungsi
|
Agen Antihaus
|
Untuk mencegah kehausan pada permukaan enjin yang
bergesel.
|
Bahan Perencat Karat
|
Untuk menjaga permukaan enjin terhadap kesan asid.
|
Bahan Penggalak Alkalin
|
Untuk meneutralkan keadaan berasid dan meningkatkan
kewujudan alkali dalam minyak enjin.
|
Bahan Pembersih
|
Untuk
menghalang pembentukan gumpalan dalam bahagian enjin dan membawa gumpalan itu
ke dalam penapis minyak.
|
Bahan Pengurai
|
Untuk
menghalang kehausan permukaan dan mencegah pembentukan gumpalan.
|
Minyak yang tidak sesuai mungkin menyebabkan masalah –
masalah berikut :
Masalah penggunaan minyak kurang berkualiti
|
Menghasilkan asap yang banyak akibat pembakaran yang
tidak lengkap.
|
Penggunaan minyak petrol meningkat.
|
Penggunaan minyak yang kurang berkualiti secara
berterusan mengakibatkan jangka hayat enjin menjadi singkat.
|
Molekul hidrokarbon (hasil dari pembakaran petrol)
masuk ke enjin dan menghasilkan karat pada bahagian enjin.
|
Asid (hasil dari pembakaran petrol) mempercepatkan
proses kehausan permukaan logam.
|


